Rasialisme Berleluasa di AS

2024-07-09 15:05:27  CRI
Share with:

Seorang pakar PBB bagi urusan hak asasi manusia ketika menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) ke-56 di Genava semalam berkata, walaupun mendapat perhatian yang semakin banyak di Amerika Syarikat (AS), fahaman rasis dan masalah diskriminasi, beserta rasialisme sistematik dan diskriminasi perkauman tetap berleluasa di negara itu.


"Rasialisme sistematik yang berleluasa di AS itu digambarkan oleh orang ramai sebagai 'wujud dalam udara untuk pernafasan, wujud dari buaian hingga kubur'", kata pakar tersebut.


Menurut beliau, faktor ekstrem dalam bidang politik dan faktor tidak menentu dalam bidang ekonomi, menjadi sebab AS wujud sebagai tanah bagi kebencian perkauman, pengasingan etnik minoriti dan prejudis.


Pakar itu turut mengemukakan siri cadangan untuk memperjuangkan matlamat keadilan rasis di AS termasuk menubuhkan satu jawatankuasa pembasmian diskriminasi rasis, satu jawatankuasa hal ehwal hak asasi manusia dan satu mekanisme pakar untuk mendorong keadilan rasis dalam proses penguatkuasaan.