Fasa Kedua Projek Bantuan Teknikal Padi Kacukan China di Madagascar Dilancarkan

2024-07-09 11:27:15  CRI
Share with:


Majlis menandatangani dokumen fasa kedua projek bantuan teknikal padi kacukan China diadakan di Kementerian Luar Negeri Madagascar, pada Isnin.


Untuk rekod, fasa pertama projek padi kacukan bantuan China telah dilaksanakan di wilayah Mayiqi, Madagascar pada tahun 2007 hingga 2011. Keluasan penanaman padi kacukan secara kumulatif merekodkan 75,000 hektar, dengan purata hasil tuaian mencapai 7 hingga 8 tan sehektar, iaitu tiga kali ganda berbanding hasil padi tanaman tempatan.



Menurut rancangan, penanaman demonstrasi bagi fasa kedua projek bantuan China ini akan dilaksanakan di lapan kawasan penanaman padi di seluruh pulau Madagascar. 


Selain itu, China dan Madagascar juga akan meningkatkan kerjasama dalam bidang Juncao dan pengeksportan produk pertanian ke China bagi membantu negara kepulauan itu memperhebat keselamatan makanan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.