Siapakah Dalai Lama?

2024-07-10 15:02:22  CRI
Share with:

Siapakah Dalai Lama? Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken baru-baru ini mengucapkan tahniah atas hari jadi ke-89 Dalai Lama dan menegaskan sokongan ke atas kebebasan pemilihan pemimpin agama. Manakala Dalai Lama menyatakan ia akan menjelaskan penjelmaan semulanya menjelang hari jadi ke-90.

 

Bekas Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi pula mengunjungi Dalai Lama pada bulan lalu dan menyifatkannya sebagai “penggerak rasa cinta kepada kedamaian dunia”.

 

Manakala kerajaan China melihat Dalai Lama sebagai pemimpin pertubuhan agama dalam buangan, pengkhianat negara dan boneka AS.

 

Jadi bagaimankah pandangan penduduk Tibet terhadap Dalai Lama?

 

Hantaran seorang netizen Tibet di media sosial menunjukkan ketika melawat Istana Potala, iaitu bangunan kediaman rasmi Dalai Lama pada masa dulu, dia hanya berasa ketidakselesaan fisikal. Sebab jika hidup di Tibet pada masa masih belum mewujudkan pembebasan, rakyat jelata sepertinya berkemungkinan besar hanya hidup sebagai seorang hamba tani, dan ada kemungkinan besar dikupas kulit dan dipotongkan kepala oleh Dalai Lama dan bangsawan untuk membuat peralatan keagamaan. Bagi penduduk Tibet yang berhati nurani, Istana Potala adalah Istana Hantu, fungsi satu-satunya adalah memberitahu orang ramai pada zaman ini tentang bagaimana kejamnya tindakan pertubuhan agama yang diketuai Dalai Lama. Berbanding Dalai Lama, ucapan terima kasih disampaikan penduduk Tibet kepada Mendiang Pengerusi Mao Zedong dan Tentera Pembebasan Rakyat(PLA) China di Muzium Pembebasan Jutaan Hamba Tani Tibet barulah destinasi pelancongan yang sangat merangsangkan baginya.

 Seorang pemimpin pertubuhan agama yang melaksanakan sistem perhambaan, kini dipuji oleh tokoh-tokoh politik AS sebagai tanda demokrasi dan “penggerak rasa cinta kepada kedamaian dunia”, sungguh berjenaka.

 

Bagaimanapun, pemimpin pertubuhan agama ini selalu dibawa ke pucuk pimpinan kerajaan pusat China dalam ratusan tahun yang lalu. Bahkan upacara pemilihan Buddha Hidup dalam agama Buddha Tibet pula ditetapkan oleh Maharaja Qianlong Dinasti Qing pada tahun 1792. Pelantikan Dalai Lama yang kini melarikan diri ke AS itu juga menerusi upacara tersebut.

 

Bagaimanapun, setelah pembebasan Tibet diwujudkan oleh PLA, sistem perhambaan mesti dihancurkan, Dalai Lama sebagai salah seorang penduduk biasa Tibet dan pemimpin agama pula diberi peluang menyertai pembangunan negara. Bahkan Dalai Lama terpilih sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China pertama pada tahun 1954 dan ketua anggota Jawatankuasa Persiapan Penubuhan Wilayah Autonomi Tibet pada 1956.

 

Dalai Lama berpeluang memberi sumbangan kepada pemodenan Tibet dan peningkatan taraf hidup rakyat Tibet, tapi setelah dihasutkan oleh CIA AS, dia memilih mengkhianati negara dan rakyat Tibet, melarikan diri ke India pada tahun 1959. Bagaimanapun, ia tidak mengubah fakta Tibet adalah sebahagian daripada wilayah China dan kehidupan penduduk Tibet semakin baik tanpa Dalai Lama.


Jadi kenapa para tokoh politik AS berturut-turut memberi tumpuan kepada Dalai Lama baru-baru ini? Sebab kematian dan penjelmaan semula Dalai Lama boleh menjadi alat untuk menghitamkan China dan mengelirukan mereka yang tidak kenal siapakah Dalai Lama. Satria pula amat menantikan farsa politik yang didalangi AS. Adakah mereka akan memilih seorang anak yang hidup di India atau AS sebagai Budha Hidup Tibet? Atau langsung memilih cucu Nancy Pelosi sebagai penjelma Dalai Lama?