Polis Myanmar Rampas 86.9 Kilo Heroin
2024-07-10 16:06:41 CRI
Pihak polis Myanmar berjaya merampas 86.9 kilogram Heroin di provinsi Mandalay baru-baru ini.
Menurut laporan berkenaan, pihak polis Myanmar yang mendapat maklumat risikan bertindak pantas merampas 22 kilogram Heroin daripada sebuah kereta di Mandalay pada 5 Julai dan menangkap empat orang suspek, kemudian merampas lagi 64.9 kilogram Heroin di dalam rumah yang didiami seorang dari empat suspek tersebut.
Jabatan berkenaan sudah memfailkan dakwaan terhadap semua suspek tersebut dan siasatan selanjutnya sudah dimulakan.