Tambah Elemen Baharu dalam Konsep "Keluarga China-Thailand Sehati Sejiwa"
China bersedia bersama dengan Thailand memanfaatkan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara yang jatuh pada tahun depan, berpandukan kata sepakat yang dicapai pemimpin negara meningkatkan pertukaran di peringkat tinggi, mengintensifkan kerjasama, menrancakkan komunikasi sosiobudaya dan kerjasama serantau, mendorong pembinaan yang berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Thailand, dan menambah elemen baharu dalam mengamalkan konsep "Keluarga China-Thailand Sehati Sejiwa" sehingga membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan Naib Presiden China, Han Zheng ketika ditemui Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa di Beijing semalam.
Maris Sangiampongsa pula berkata, Thailand dan China sebagai sahabat baik yang saling mempercayai, telah menyaksikan hubungan kedua-dua negara memasuki satu era yang baharu. Thailand bersedia untuk mengambil peluang dari perayaan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik dengan China, mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya dapat terus merapatkan ikatan antara kedua-dua negara.