Angan-angan NATO Berdalih "China" Kembangkan Sayap di Asia-Pasifik

2024-07-10 15:32:31  CRI
Share with:

Pada sidang akhbar yang diadakan sebelum Sidang kemuncak NATO yang dirasmikan di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai waktu tempatan, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata pihaknya memerlukan kerjasama erat dengan rakan kongsi di rantau Indo-Pasifik bagi menyasarkan sejumlah negara termasuk China.


Pihak media berpendapat, kenyataan tersebut boleh diterjemahkan sebagai plot NATO berdalih "China" mewujudkan campur tangan dalam hal ehwal di rantau Asia Pasifik dan mempertahankan amalan hegemoni ala AS.

Di bawah arahan AS, mengeluarkan kenyataan untuk menggembar-gemburkan "ancaman China" sudah lazim dalam sidang kemuncak NATO pada beberapa tahun kebelakangan ini.


Nampaknya, AS tidak pernah berhenti dalam membina "NATO versi Asia Pasifik." Namun pada hakikatnya, blok yang wujud sebagai tinggalan sejarah "Perang Dingin" yang terperangkap dalam kancah pergolakan, sukar untuk mewujudkan "pengepungan" terhadap China di Asia, apa lagi membina apa yang disebut struktur keselamatan baharu di rantau Asia Pasifik.


Pertama, kebanyakan negara di rantau Asia Pasifik yang mempunyai ciri-ciri sistem dan tamadun yang pelbagai tidak menerima malah tidak mengalu-alukan NATO yang menguar-uarkan nilai-nilai Barat yang menekankan "keunggulan sistem sosial'nya, manakala kebanyakan negara di rantau Asia Pasifik yang bukan sahaja muak dengan amalan hegemoni malah menentang kehadiran NATO, dan menolak blok itu mengamalkan hegemoni sewenang-wenangnya di rantau sendiri.


Melihat dari realiti, nama NATO tercemar teruk pada aspek menghasut dan mencetuskan perang selepas Perang Dingin berakhir. Dengan ini, adalah sukar bagi NATO mengembangkan sayapnya di Asia Pasifik di mana kebanyakan negara berpendirian menolak peperangan dan memberi tumpuan kepada kerjasama dalam pembangunan.

Kedua, bilangan negara anggota NATO yang menolak perkembangan sayap blok itu di Asia Pasifik tidak sedikit. Negara anggota NATO dari Eropah berharap blok itu menumpukan kepada isu keselamatan Eropah sendiri kerana peranan NATO sebagai pelindung keselamatan di Eropah akan terjejas jika sumber sumbangan setiap negara anggota NATO dikongsikan dengan rantau Asia Pasifik.


Walaupun NATO menggembar-gemburkan "ancaman China", namun pada masa yang sama, kebanyakan negara anggotanya memilih mengekalkan hubungan yang stabil dengan China. Negara Tembok Besar memainkan peranan penting dalam mewujudkan kestabilan dan kemakmuran serantau, bahkan seluruh dunia, juga merupakan konsensus yang dicapai oleh kebanyakan negara di rantau Asia Pasifik.   


Bagi Jepun, Korea Selatan, Australia, dan New Zealand yang sering dilobi oleh NATO pula, mereka berkemungkinan kecil melepaskan kerjasama dengan China dengan hanya untuk mengampu AS, selepas mempertimbangkan kepentingan mereka sendiri. 


Apa yang disebut strategi NATO di Asia Pasifik sebenarnya adalah satu rancangan untuk memecahkan dan menghasut mencetuskan konflik malah peperangan, bagi memenuhi keperluan AS dalam mengamalkan hegemoni. Plot yang bertentangan dengan arus perkembangan sejarah itu ditakdirkan hanya akan menjadi sia-sia sahaja.