Ketua Saintis Teleskop FAST China Menang Anugerah Marcel Grossmann
Ahli astronomi radio China, Li Di dinobatkan sebagai penerima Anugerah Marcel Grossmann atas sumbangan cemerlang dalam bidang fast radio burst (FRBs), pada Selasa.
Li, ketua saintis Teleskop Radio Apertur Sfera Lima Ratus Meter (FAST) China, adalah saintis pertama yang menerima anugerah fizik berprestij itu kerana hasil yang dicapai di negara Tembok Besar ini.
Li Di diberikan anugerah itu kerana sumbangannya yang luar biasa dalam menerajui projek saintifik teleskop radio yang paling sensitif di dunia tersebut, termasuk pengukuran tepat medan magnet antara bintang dan membawakan penyelidikan FRBs ke fasa statistik tinggi, menurut jawatankuasa Mesyuarat Marcel Grossmann ke-17, yang berlangsung di Pescara, Itali hingga Jumaat ini.
Anugerah Marcel Grossmann dianggap antara anugerah fizik terpenting di peringkat global. Tujuannya adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada saintis yang membuat sumbangan cemerlang terhadap teori relativiti dan aplikasinya.
Anugerah Marcel Grossmann yang diasaskan pada tahun 1985 diberikan tiga tahun sekali semasa Mesyuarat Marcel Grossman, antaranya termasuk anugerah individu dan anugerah institusi.