Dekati Kuil Confucius dan Muzium Confucius di Shandong

2024-07-10 14:12:07  CRI
Share with:

Forum Peradaban Dunia Nishan ke-10 diadakan di Qufu, bandar Jining, provinsi Shandong China pada 10 hingga 11 Julai ini. 


Sebagai tempat kelahiran Confucius, Qufu mempunyai banyak tempat peninggalan sejarah yang ada kaitan dengan ahli pemikir dan pendidik tersohor China itu. Antaranya, Kuil Confucius adalah paling terkenal.  


Kuil Confucius yang mempunyai sejarah lebih 2,000 tahun merupakan tempat untuk memuja Confucius. 


Selain itu, Muzium Confucius juga antara tempat yang wajib untuk dikunjungi jika anda melawat ke Qufu.  


Pengunjung berpeluang mengetahui kisah dan fikiran Confucius melalui pameran artifak dan teknologi digital di muzium moden ini.