Mesyuarat GEIDCO Fokuskan Transformasi Hijau

2024-07-11 13:32:05  CRI
Share with:

 

Organisasi Pembangunan dan Kerjasama Kesalinghubungan Tenaga Sejagat (GEIDCO), delegasi tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa agensi PBB bersama-sama mengadakan mesyuarat bertemakan kesalinghubungan tenaga sejagat, di New York pada Rabu.


Mesyuarat sempena Forum Politik Peringkat Tinggi Pembangunan Mampan PBB itu turut mengeluarkan Laporan Penyelidikan Indeks Pembangunan Tenaga Elektrik Sejagat

Pengerusi Perhimpunan Agung ke-78 PBB Dennis Francis ketika berucap pada mesyuarat itu berkata, mewujudkan sasaran setiap individu boleh memperoleh tenaga yang boleh tanggung menjelang 2030 tetap menjadi tugas utama PBB.


Wakil tetap China ke PBB Fu Cong menyatakan, pelaksanaan Agenda 2030 di lingkungan sejagat tidak memenuhi jangkaan, dan pelbagai negara perlu mempertahankan multilateralisme yang benar, menyingkirkan unilateralisme, perlindungan dan rintangan hijau, dan bertindak mendorong sistem tadbir urus tenaga sejagat ke arah adil, rasional, seimbang dan inklusif.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Program Pembangunan PBB (UNDP) Achim Steiner, serta Pengerusi GEIDCO Xin Baoan.