Nilai Tambah Ekonomi Pelabuhan China 2023 Catat RMB6.2 Trilion

2024-07-11 15:29:56  CRI
Share with:

Nilai tambah ekonomi pelabuhan di bandar-bandar pantai China bagi tahun 2023 bertambah RMB192.9 bilion (RM124.4 bilion) berbanding tahun 2022, dengan mencatat RMB6.2 trilion (RM4 trilion), yang menyumbang 13.4 peratus output ekonomi tempatan. Ini dimaklumkan oleh Ekspo Industri Perkapalan Antarabangsa Tianjin 2024 yang bermula pada Rabu.


Keputusan penilaian menyeluruh terhadap tahap pembangunan ekonomi pelabuhan di sebanyak 59 buah bandar pantai, termaktub dalam Laporan Pembangunan Ekonomi Pelabuhan di Bandar-Bandar Pantai China Tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Institut Perancangan dan Penyelidikan di bawah Kementerian Pengangkutan.


Laporan itu menyatakan bahawa bandar-bandar pelabuhan di kawasan Delta Sungai Yangtze yang mempunyai ekonomi pelabuhan yang paling maju di China, menyumbang 44.7 peratus nilai tambah ekonomi pelabuhan di peringkat kebangsaan.


Meurut Laporan itu bahawa ekonomi pelabuhan China yang masih berasaskan industri tradisional, perlu didorong ke arah yang strategik pada masa depan dengan mengutamakan industri baru muncul seperti teknologi maklumat generasi terkini, teknologi biologi dan tenaga boleh baharu.