Forum Nishan ke-10 mengenai Tamadun Dunia Dirasmikan di Qufu

2024-07-11 13:08:04  CRI
Share with:

Forum Nishan ke-10 mengenai Tamadun Dunia dirasmikan di Qufu, provinsi Shandong pada hari Rabu.

Forum yang bertema ‘Budaya Tradisional dan Tamadun Moden’ ini bertujuan untuk "melaksanakan Inisiatif Peradaban Global, menyemarakkan nilai universal, dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan".


Forum yang menampilkan enam sub-topik, termasuk 'Pertukaran dan Pembelajaran antara  Tamadun Berlainan di Sebalik Cabaran Global’ ini  merangkumi lebih 20 aktiviti, termasuk ucaptama, temu ramah dengan VIP dan dialog sub-topik.

Forum Nishan yang sudah diadakan sebanyak 10 edisi sejak September tahun 2010, dinamakan mengikut Nishan, tempat kelahiran Konfucius yang terkenal sebagai ahli falsafah dan pendidikan pada zaman purba China.