Tinjauan CGTN: Netizen Asing Menanti-nantikan Lebih Banyak Peluang daripada Pembaharuan China

2024-07-11 17:03:36  CRI
Share with:

Sesi pleno ketiga Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang bakal diadakan di Beijing tidak lama lagi, beserta gerak kerja untuk memacu modenisasi ala China melalui langkah memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan secara menyeluruh, dilaporkan akan menjadi tumpuan sejagat. 


Menurut satu tinjauan pendapat umum yang dilancarkan China Global Televisen Network (CGTN) di bawah Kumpulan Media China (CMG) dalam kalangan netizen sejagat, 76.9 peratus responden menyanjung tinggi pencapaian China dalam memacu pembangunan yang berkualiti, dan menanti-nantikan China boleh membawa lebih banyak peluang kepada dunia ketika memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan secara menyeluruh di dalam negerinya.


Menurut keputusan tinjauan tersebut, sebanyak 80.3 peratus responden memuji prestasi ekonomi China yang akomodatif  dan menganggap ia akan membawa lebih banyak manfaat kepada dunia.


Terdapat sebanyak 87.1 peratus responden menganggap bahawa modenisasi ala China dapat dipergiatkan dengan lebih cepat dan baik melalui pengembangan kuasa produktif kualiti baharu.   


Hasil tinjauan itu juga menunjukkan terdapat 79.6 peratus responden yang mengiktiraf sumbangan China penting bagi dunia, dan 93.8 peratus responden yang menganggap produk awam antarabangsa yang diajukan China seperti Inisiatif Jalur dan Laluan boleh membawa peluang pembangunan kepada pelbagai negara.


Tinjauan pendapat dalam kalangan netizen dari seluruh dunia tersebut menyaksikan penglibatan 15,037 responden, termasuk yang dari negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Sepanyol dan Australia, dan yang dari negara-negara membangun seperti Brazil, Thailand, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Afrilka Selatan.