Filipina Tidak Syak Lagi Perosak Ekologi di Laut China Selatan

2024-07-11 16:00:52  CRI
Share with:

Baru-baru ini, Kementerian Ekologi dan Persekitaran (MEE) China mengeluarkan dua laporan penting melibatkan Laut China Selatan (LCS), iaitu "Laporan Penyiasatan dan Penilaian mengenai Ekologi Alam di Perairan Pulau Huangyan" yang diterbitkan semalam, dan "Laporan Tinjauan terhadap Ekosistem Terumbu Karang yang Terkesan Akibat Kehadiran Kapal Perang yang 'Bersarang' di Ren'ai Jiao" yang diterbitkan pada Isnin.


Analisis terhadap ekosistem di Pulau Huangyan dan Ren'ai Jiao berdasarkan siasatan yang profesional dan teliti, beserta keputusan 'check-up' yang terkandung dalam dua laporan tersebut, mendedahkan bahawa kualiti alam di perairan pulau Huangyan adalah sangat baik dan ekosistem terumbu karang berada dalam keadaan sihat, tetapi ekosistem terumbu karang di Ren'ai Jiao terjejas teruk akibat kehadiran kapal perang Filipina yang sengaja "bersarang" di situ dan pencerobohan manusia yang berkaitan.


Selain itu, menurut perangkaan dari operasi satelit penderiaan jauh dan penyiasatan di perairan berkenaan, kepelbagaian, kestabilan dan kelestarian ekosistem terumbu karang di Ren'ai Jiao terjejas teruk akibat kehadiran kapal perang Filipina yang sengaja "bersarang" selama 25 tahun di situ.


Keputusan yang dibuat dalam dua laporan China itu adalah berdasarkan kenyataan objektif dan siasatan saintifik. China mendesak pihak Filipina menarik balik kapal perang itu, bukan sahaja untuk melindungi kedaulatan, hak dan kepentingan negara di laut, malahan juga untuk melindungi alam sekitar laut dan mengelakkan ekosistem Ren'ai Jiao daripada bertambah serius.

China sudah bertahun-tahun mempergiatkan perlindungan terhadap alam sekitar di LCS, dan menjalankan projek pembaikpulihan ekologi terumbu karang di perairan terbabit sehingga berjaya menanam dan membaikpulih terumbu karang seluas 300 ribu meter persegi.


Pada masa yang sama, China juga secara aktif mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib laut, misalnya menjalinkan hubungan rakan 'biru' dengan Kesatuan Eropah (EU), ASEAN, negara kepulauan Pasifik, negara Kutub Utara dan negara Amerika Selatan, dan memberi sumbangan penting bagi perlindungan ekologi laut dalam senario global termasuk LCS.

Melihat-lihat Filipina pula. Sebanyak 27% hingga 40% tangkapan ikan adalah tidak sah di negara itu pada 2019, menurut satu laporan penyelidikan dikeluarkan bersama-sama oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) dan Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Filipina pada 9 Mac 2021. Terdapat lebih 420 ribu tan tangkapan ikan yang tidak direkod nelayan untuk tujuan perniagaan pada setiap tahun. Selain itu, penggunaan sianida dalam proses menangkap ikan sangat popular di Filipina yang merupakan paling awal menggunakan bahan kimia itu dalam penangkapan ikan.


Isu perlindungan alam sekitar laut berkait rapat dengan manfaat manusia, dan isu LCS tidak sepatutnya dijadikan alat politik sesetengah negara untuk mengapi-apikan konfrontasi yang berbaur politik geografik demi mengaut laba peribadi.