Peningkatan Tarif Indonesia Tidak Menyasarkan Negara Tertentu

2024-07-12 13:16:35  CRI
Share with:

China bersedia memperkasakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan Indonesia untuk mewujudkan perdagangan bilateral yang mantap, seimbang, inklusif dan mampan.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang akhbar pada Khamis sebagai respons terhadap penjelasan yang dibuat Penyelaras Kerjasama Indonesia dengan China yang juga Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan dan Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan mengenai apa yang disebut 'rancangan negaranya untuk mengenakan tarif  tinggi ke atas produk import dari China'. 


Pihak Indonesia menjelaskan bahawa tindakan negaranya mengenakan tarif perlindungan terhadap produk import dari semua negara, bukan hanya menyasarkan suatu negara yang tertentu, khususnya negara China.


Lin berkata, tindakan Indonesia yang mungkin mengenakan tarif perlindungan ke atas produk tertentu sudah dalam perhatian China, yang sudah pun bersedia mengambil tindakan yang wajar untuk melindungi hak dan kepentingan milik pengeksport di dalam negeri.  


“China dan Indonesia berkongsi faedah daripada kerjasama yang saling menguntungkan. Kedua-dua negara tegas menyokong perdagangan bebas, menolak amalan perlindungan perdagangan, dan komited kepada perkembangan sihat dan stabil kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan dua hala.


“China komited bekerjasama dengan Indonesia untuk menjaga landskap  perdagangan antarabangsa yang bebas dan terbuka,” kata Lin.