Xi Ditemui Perdana Menteri Vanuatu
Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Perdana Menteri Vanuatu, Charlot Salwai yang sedang mengadakan lawatan rasmi di Beijing petang semalam.
Xi menunjukkan bahawa China mengambil berat terhadap pembangunan hubungannya denganVanuatu, bersedia bersama denganVanuatu untuk terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, memacu pembinaan yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), meningkatkan kerjasama persahabatan yang bersifat sepanjang masa dan pelbagai dimensi, dan berganding bahu membina komuniti berkongsi nasib China-Vanuatu.
Menurut Xi, China bersedia melakukan pertukaran pengalaman dengan Vanuatu dalam bidang pentadbiran negara, berkongsi peluang pembangunan yang wujud dalam modenisasi ala China, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing, dan mengintensifkan kerjasama dalam bidang infrastruktur, pelaburan, ekonomi, perdagangan dan isu menangani perubahan iklim. Sementara itu, China menggalakkan sektor korporat di dalam negeri untuk melakukan kerjasama dengan Vanuatu dan melabur di negara itu, di samping terus memberi bantuan ekonomi yang bersifat teknikal kepada Vanuatu tanpa sebarang syarat politik, dengan tujuannya membantu negara itu mengorak langkah pembangunan ke arah yang makmur.
Charlot Salwai pula berkata, kerajaan Vanuatu konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China, menentang sebarang "kemerdekaan Taiwan", menyokong pendirian China dalam isu melibatkan Xinjiang, Hong Kong, Tibet, hak asasi manusia dan Laut China Selatan. Selain itu, Vanuatu bersedia bersama-sama China untuk merapatkan kerjasama multilateral di arena antarabangsa di samping mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib Vanuatu-China.
1