Tasik Xihu dengan Suasana Cukup Meriah Sempena Hujung Minggu
2024-07-14 14:26:20 CRI
Suasana hujung minggu di West Lake, Hangzhou cukup meriah dengan pelancong dari dalam dan luar negara.
Lokasi ini merupakan simbol kepada Hangzhou dan dianggap sebagai salah satu lokasi paling indah di China. Pada 2011, West Lake diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.
West lake menjanjikan keindahan memukau pada setiap musim, tidak kiralah musim panas, bunga, luruh atau musim sejuk. Di sini banyak peninggalan sejarah untuk dilihat dan diterokai. Ada kuil, pagoda, pavilion, taman dengan pokok hiasan serta pulau-pulau buatan.