Tanam Blueberry Jana Pendapatan

2024-07-14 17:05:51  CRI
Share with:

Tibalah musim menuai di Pangkalan Tanaman Blueberry Kampung Dongyandi di pekan Jinkou daerah Jimo di bandar Qingdao provinsi Shandong baru-baru ini. Para pekebun kelihatan sibuk memetik, menyunsun dan membungkus tuaian mereka yang kemudian akan dijadikan bekalan pasaran di pelbagai tempat.

Pada beberapa tahun kebekalangan ini, pertanian moden yang bercirikan tempatan yang berteraskan tanaman blueberry sebanyak 10 jenis lebih berkembang maju di pekan Jinkou, manakala pakej ekopelancongan yang terbabit juga mendapat sambutan baik di kalangan pelancong, dan kedua-duanya terbukti kondusif bagi pekebun menjanakan pendapatan malah menyumbang kepada pelaksanaan skim pembangunan desa.