Pelaksanaan Skim Pembaharuan dan Pintu Terbuka Pimpinan Xi untuk Era Baharu

2024-07-14 14:23:40  CRI
Share with:


Pada bulan Disember 2012, Xi Jinping yang baru saja menyandang jawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), memilih provinsi Guangdong, pelopor dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di negara ini, sebagai destinasi dalam jadual tinjauan pertamanya.


Beliau turut memberi arahan dan mobilisasi kepada semua anggota PKC di peringkat kebangsaan.


"Keputusan untuk melancarkan pembaharuan dan membuka pintu kepada luar adalah betul. Kita mesti mengekalkan jalan yang betul ini, dan tidak berganjak dari merintis  jalan demi kemakmuran negara dan rakyat," katanya.


Selama lebih sedekad, Xi tidak pernah berhenti dalam merancangkan hala tuju pembaharuan dan menggalakkan pelaksanaannya. 


Tahun 2024 merupakan satu lagi tahun yang penting untuk mengintensifkan pembaharuan dalam era baharu. Xi akan memimpin seramai 1.4 bilion rakyat China untuk membuka lembaran pembaharuan yang baharu dalam era baharu.