Kenali Pembaharuan China pada Era Baharu - “Yang Bijaksana Boleh Menang, Yang Inovatif Boleh Maju”
Pada bulan Disember tahun 2012, Xi Jinping sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) terpilih, pernah menyatakan bahawa pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka sangat kritikal bagi nasib negara pada zaman ini. Sejak masa itu, Jawatankuasa Pusat PKC di bawah pimpinan Xi bertindak menggariskan rancangan yang menyeluruh untuk memperkasakan pembaharuan secara komprehensif, menetapkan sasaran serta strategi utama, kaedah pelaksanaan dan agenda yang terbabit, sehingga memulakan satu era baharu yang menyaksikan landskap pembaharuan semakin diperhalusi secara sistematik.
Lebih sepuluh tahun selepas itu, iaitu pada awal tahun ini, Xi menekankan bahawa memperhalusi pelaksanaan skim pembaharuan dan pintu terbuka, yang disifatkan sebagai penggerak utama bagi mendorong modenisasi ala China, “memainkan peranan yang sangat kritikal”.
Berusaha membentuk sistem yang lengkap, saintifik, dan mnegikut senarai prosedur operasi standard (SOP) turut dijadikan keutamaan Xi dalam praktik seterusnya.
"Dalam kemaraan baharu menuju ke era baharu, marilah kita berusaha gigih mengatasi risiko dan cabaran yang wujud dalam pembangunan berdasarkan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang sudah terbukti sangat kondusif, dan menghapuskan sebarang halangan dari segi ideologi dan institusi yang wujud dalam usaha memperjuangkan matlamat modeniasi ala China," kata Xi.
Penyempurnaan sistem tadbir urus kenegaraan tidak terlepas dari peningkatan kemampuan parti pemerintah seiring dengan kemajuan zaman. Selaku pemimpin tertinggi dalam parti pemerintah di China, Xi sejak saat baru menyandang jawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, sudah pun mengemukakan 'protokol tata kelola ketat' bagi pengurusan kepartian, dan menjadikan 'revolusi dalaman PKC' sebagai prasyarat penting bagi 'penyempurnaan sistem tadbir urus kenegaraan dan peningkatan kemampuan seiring dengan kemajuan zaman', yang dilihat sebagai jaminan dari segi institusi bagi mengekalkan pemerintahan PKC.