Perintis Ekopelancongan Berunsurkan Tanaman Bunga Mawar di Hangzhou

2024-07-15 11:26:05  CRI
Share with:


Awal bulan Mei merupakan musim puncak bagi pekebun menuai bunga mawar di kampung Xinfeng pekan Qingliangfeng di bandar Hangzhou provinsi Zhejiang.


Chen Yuxia, ketua Syarikat Penerokaan Pertanian Yanzhi Berhad yang bertapak di bandar Hangzhou, bukan sahaja sudi membantu kelompok pekebun belajar untuk menguasai teknik penanaman, pemungutan dan pemprosesan bunga mawar, malah juga tampil untuk memainkan peranan sebagai perintis dalam membangunkan industri ekopelancongan tempatan yang berunsurkan tanaman bunga mawar.