Dekati Jalan Kuno di Hangzhou
2024-07-15 15:12:45 CRI
Jalan Hefang atau Hefang Jie wujud sejak zaman Dinasti Song Selatan. Kini, ia merupakan antara lokasi pelancongan yang popular di Hangzhou selain terkenal sebagai salah satu jalan kuno di Hangzhou yang masih terpelihara dengan baik.
Di kiri dan kanan Hefang Jie mempamerkan deretan kedai klasik Hangzhou dan China purba yang masih beroperasi sehingga kini.
Turut dikenali sebagai Jalan Taiping, lokasi ini menawarkan pengalaman yang berbeza, malah anda boleh mendapatkan herba tradisional China, kraftangan tempatan, pelbagai pilihan makanan dan snek istimewa Hangzhou dan banyak lagi.