China Perluas Dasar Transit Bebas Visa ke Lebih Banyak Pintu Masuk
Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) China pada hari ini mengumumkan bahawa dasar transit bebas visa selama 144 jam diperluas ke tiga lagi pintuk masuk, menjadikan jumlahnya mencapai 37.
Tiga pintu masuk yang ditambah adalah Lapangan Terbang Antaragbangsa Xinzheng Zhengzhou, Lapangan Terbang Antarabangsa Sanyi Lijiang, dan pintu masuk di Stesen Kereta Api Mohan.
Bermula Isnin ini, pelancong asing yang layak boleh memasuki China melalui pintu masuk udara Zhengzhou dengan bebas visa, dan dibenarkan mengembara ke seluruh provinsi Henan.
Sementara itu, lingkungan transit 144 jam bebas visa di provinsi Yunnan diperluas dari bandar Kunming ke sembilan bandar dan daerah termasuk Kunming, Lijiang, Yuxi, Puer, Chuxiong, Dali, Xishuangbanna, Honghe dan Wenshan.