Hentian R&R untuk Kurier di Komuniti Beijing
2024-07-16 11:41:32 CRI

Satu hentian rehat dan rawat (R&R) untuk golongan kurier mula beroperasi di komuniti Wangjing daerah Chaoyang di bandar Beijing baru-baru ini. Perkhidmatan pintar kendalian persatuan pekerja itu membabitkan air minuman percuma, ubatan kecemasan dan bilik bacaan tanpa bayaran.




