Kenali Pembaharuan China pada Era Baharu: Keterangkuman Dijulang Tinggi

2024-07-16 10:25:32  CRI
Share with:

Keterbukaan dan pembaharuan sentiasa saling berjalin dan saling menggalakkan. 


Presiden Xi Jinping menyifatkan pemerkasaan pembaharuan menerusi keterbukaan sebagai kunci utama bagi memastikan China terus melakar pencapaian baharu dalam pembangunan negara.


"Keterbukaan membawa kemajuan sedangkan dasar tertutup pasti menyebabkan ketinggalan," tegas beliau.


Dengan keterangkuman dijulang tinggi, Xi telah mengemukakan konsep inovatif 'pembangunan terbuka' pada tahun 2012. 


Keterbukaan China adalah merangkumi semua aspek, kata beliau sambil menekankan perlunya mendorong pembentukan landskap baharu keterbukaan komprehensif.

Usaha mewujudkan sistem baharu ekonomi terbuka merupakan satu praktik bagi konsep 'pembangunan terbuka'. 


Xi berusaha memecahkan halangan dari segi keinstitusian, di samping mendorong inovasi keinstitusian melalui pembinaan hab keterbukaan seperti zon rintis perdagangan bebas dan pelabuhan perdagangan bebas. 


Sejak 2013, sebanyak 22 buah zon rintis perdagangan bebas berjaya ditubuhkan di China.


Xi menyatakan bahawa pembangunan China tidak boleh dipisahkan daripada dunia, sementara kemakmuran dunia juga memerlukan China.


Beliau berjanji China akan terus mengamalkan strategi keterbukaan yang saling menguntungkan, memperoleh momentum pembangunan daripada dunia dan memastikan pembangunan China memberi limpahan manfaat kepada dunia.

Selepas memasuki era baharu, saranan kerjasama penting yang diketengahkan Xi antaranya Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) turut memperluas penumpuan kepentingan antara China dengan negara-negara lain.


Setakat ini, lebih 150 buah negara dan lebih 30 buah pertubuhan antarabangsa telah menandatangani dokumen kerjasama BRI dengan China. 


Baik projek besar ataupun projek 'small but beautiful' yang berpaksikan rakyat, semuanya membantu usaha pembasmian kemiskinan di negara terlibat dan menambah baik kesejahteraan masyarakat tempatan. 


Inisiatif berkenaan turut menjana nilai pelaburan berjumlah hampir US$1 trilion membabitkan lebih 3,000 program kerjasama, selain mencipta 420,000 peluang pekerjaan dan membantu seramai 40 juta orang keluar dari belenggu kemiskinan.