Ekonomi Kampung Zhangshan Bertunjangkan Tanaman Orchid

2024-07-16 11:33:18  CRI
Share with:

Industri tanaman ‘moth orchid’ (Phalaenopsis) yang berkaitan dengan pelaburan dari perusahaan Taiwan berkembang cepat di kampung Zhangshan yang mempunyai ekologi alam yang baik.

Lubuk tanaman orchid di bandar Zhenjiang provinsi Jiangsu itu dilaporkan mampu menghasilkan lebih 8 juta batang semai premium dalam pelbagai kategori, dan produknya dieksport ke pasaran luar negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Eropah. Para pekebun berasa teruja tentang teknologi penanaman yang sudah dikuasainya yang terbukti kondusif bagi menjana pendapatan.