"Pertandingan Kemahiran Vokasional" untuk Golongan Penggembala di Dataran Tinggi
2024-07-16 11:49:37 CRI
“Pertandingan Kemahiran Vokasional untuk Golongan Penggembala dan Petani” ke-3 yang dianjurkan di kaunti Shuanghu bandar Naqu di wilayah Xizang baru-baru ini telah menyaksikan penyertaan seramai 186 orang pemain tempatan yang masing-masing beraksi dalam pertandingan teknik menenun dan menganyam, perkhidmatan hotel, pemprosesan tenusu dan sebagainya. Penduduk tempatan diharap dapat meningkatkan kemahiran penggembalaan haiwan tradisional dan kemahiran vokasional moden melalui penganjuran temasya seumpama itu, yang merupakan sebahagian dalam pelaksanaan skim pembangunan desa.