China Bersedia Berkolaborasi dengan Kerajaan Baharu Iran, Majukan Hubungan Dua Hala

2024-07-16 14:34:23  CRI
Share with:

China memuji kenyataan Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian mengenai hubungan kedua-dua negara, dan bersedia berusaha bersama kerajaan baharu Iran untuk menggalakkan perkongsian strategik China-Iran berkembang mantap pada masa akan datang. 


Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan presiden baharu Iran, dalam sidang akhbar di Beijing, pada Isnin.


Beliau berkata, China dan Iran sentiasa saling menyokong, memperkukuh kepercayaan strategik, memperkasakan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, di samping mengekalkan komunikasi dan penyelarasan baik dalam urusan antarabangsa dan serantau.


"Ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada rakyat China dan Iran, malah juga menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan dunia," kata Lin.


Menurut laporan, Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian ketika menerangkan dasar diplomatiknya pada 13 Julai berkata pihak Iran menghargai persashabatan dengan China. 


Beliau mengatakan bahawa pihaknya berhadap untuk meningkatkan kolaborasi dengan China dalam pembentukan tadbir urus orde antarabangsa yang baharu.


Selain itu, presiden baharu Iran itu juga memuji peranan China dalam mendorong penyambungan semula hubungan diplomatik antara Iran dan Arab Saudi.