Kenapa China Terus Memperincikan Pembaharuan?

2024-07-16 16:59:14  CRI
Share with:

Dasar pembaharuan dan pintu terbuka sudah terbukti kondusif bagi mempererat hubungan antara China dengan dunia. Jadi kenapa China kini mengumumkan akan terus memperincikan pembaharuan? Sebab pembaharuan adalah satu proses mengubahsuaikan diri dengan perkembangan situasi semasa, ia tidak mungkin berakhir.

 

Parti Komunis China(PKC) menubuhkan Republik Rakyat China pada 1949.  Namun parti ini kurang berpengalaman untuk mengubahsuaikan sendiri daripada satu parti revolusi kepada satu parti pemerintah pada masa itu. Dalam tempoh 1949-1978, PKC mengamalkan pembaharuan dan belajar untuk membangunkan satu negara yang berpopulasi besar dan terjejas teruk dalam perang selama lebih 100 tahun yang lalu.

 

Dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang menyasaran pembangunan ekonom diamalkan sejak 1978. Pada pandangan rakyat China pada zaman purba, dunia hanya bermakna pelbagai negara lain di sekitar negara ini. Pada masa itu, China sentiasa menutup pintu dan membina tembok besar untuk membela diri semasa negara lemah dalam pelbagai bidang, manakala membuka pintu ketika negara kuat dan makmur, misalnya mengizinkan orang Persia dan Jepun menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan pada Dinasti Tang (tahun 618 hingga 907 Masihi) , dan Laksamana Cheng Ho melawat ke tempat sejauh Afrika Timur pada awal Dinasti Ming (tahun 1368 hingga 1644). Tapi pada tahun 1978, China memilih membuka pintu walaupun masih belum menjadi kuat, sebab zaman sudah berubah daripada geopolitik kepada globalisasi. Keterbukaan membawa peluang dan faedah besar kepada China dan juga dunia dalam puluhan tahun selepas itu.

 

Hingga masa kini, China perlu terus memperincikan pembaharuan, juga disebabkan perubahan keadaan domestik dan sitausi antarabangsa.

 

China telah menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia. Ketika menyediakan pelbagai jenis produk kepada dunia, pasaran domestik juga memperlukan banyak sumber dan produk dari luar. Bagaimanapun, dunia sedang menghadapi perubahan drastik yang tidak pernah dilihat dalam  tempoh 100 tahun yang lalu. Perubahan iklim, konflik geopolitik dan anti-globalisasi yang diamalkan oleh beberapa kuasa besar menyebabkan China perlu terus menyesuaikan diri dengan perubahan sitausi antarabangsa.

 

Misalnya, perubahan iklim telah menjadi cabaran bersama global, manakala China sendiri pula mengalami pencemaran udara yang teruk pada kira-kira 10 tahun yang lalu. Meskipun mengawal pelepasan karbon akan menghalang pembangunan industri dan ekonomi, tapi kerajaan China menyedari peri pentingnya untuk menggalakkan pembangungan hijau dengan sikap bertanggungjawab terhadap rakyat dan juga dunia. Pemimpin China mengemukakan konsep “Gunung Hijau dan Air Jernih Bagaikan Gunung Emas dan Perak” dan China menjalankan siri aktiviti pembaharuan untuk menyokong pembangunan hujau.

 

Pada 2020, China berjanji mewujudkan sasaran kemuncak pelepasan karbon dioksida menjelang tahun 2030 dan neutral karbon menjelang tahun 2060. Kini, pengeluaran dan penjualan NEV China menduduki No.1 di dunia, fasiliti fotovolta dan tenaga angin buatan China menduduki kira-kira 70% di pasaran global. Selain itu, China juga membantu lebih banyak negara untuk mewujudkan pembangunan hijau. Maka ada pakar asing berpendapat, sasaran kemuncak pelepasan karbon di China sudah diwujudkan pada tahun 2023.

 

Dengan panduan dasar pembaharuan, industri hijau di China berkembang pesat. Tapi ini dianggap sebagai ancaman bagi sesetengah negara yang meletakkan tarif tambahan lebih 100% kepada NEV China.


Respons China adalah terus memperluas keterbukaan, sebab apa yang dilakukan oleh sesetengah negara sudah dilaksanakan oleh kerajaan Dinasti Qing (tahun 1616 hingga 1912) yang terbukti gagal.


Manakala pasaran dunia begitu luas, keperluan pembangunan hijau begitu besar, halangan dari sebahagian negara tidak mengganggu keyakinan China untuk terus memperincikan pembaharuan dan memperluas keterbukaan bagi mewujudkan modenisasi ala China dan juga berkongsi peluang pembangunan dengan dunia.