Pelabur Asing Optimistik Terhadap Ekonomi China

2024-07-16 16:03:41  CRI
Share with:

“Kami bersikap optimistik terhadap pertumbuhan ekonomi China untuk jangka masa panjang. Seiring dengan perkenalan lebih banyak dasar berkaitan, ekonomi China diyakini akan lebih baik, dan OSIM akan terus maju ke depan.” 


Naib Pengarah Urusan syarikat OSIM Singapura, Wang Ming Chih berkata demikian setelah kerajaan China mengumumkan data ekonomi nasional bagi separuh pertama (H1) tahun ini pada Isnin.


Menurut pengiraan awal, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencecah RMB61.68 trilion (RM38.55 trilion) pada separuh pertama tahun ini, naik 5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Kadar peningkatan ekonomi China pada suku pertama tahun ini lebih tinggi berbanding beberapa entiti ekonomi utama seperti Amerika Syarikat (AS), kawasan Euro dan Jepun. Selain itu, kadar pertumbuhan ekonomi China diunjur tetap bertahan kedudukan terdepan di dunia pada separuh pertama tahun ini dan China kekal muncul sebagai penggerak dan penstabil bagi pertumbuhan ekonomi dunia.


Prestasi yang memberangsangkan tersebut datanglah dari pasaran gergasi di negara Tembok Besar ini. Beberapa mod penggunaan baharu seperti jualan melalui penstriman dan hantaran ekspres menyaksikan peningkatan mutu dan kenaiktarafan pasaran di China. 

Dalam pada itu, syarikat asing memperoleh banyak manfaat. Misalnya wakil Bayer, syarikat sains hayat terkenal dari Jerman menyatakan bahawa keuntungan syarikatnya mencapai peningkatan mantap melalui inovasi pendigitalan dan kerjasama dengan syarikat China pada beberapa tahun lalu. Sebanyak satu pertiga urus niaga syarikat itu adalah melalui kerjasama dengan platform e-niaga tempatan.


Sementara itu, pembangunan ekonomi bermutu tinggi di China turut memberikan peluang baharu kepada syarikat transnasional. Manakala kemantapan dan keterusan dasar China juga membuka ruang pembangunan yang meluas kepada syarikat asing.


Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Beijing pada Isnin. Sidang kali ini akan membuat aturan strategik tentang tindakan memperkasakan pembaharuan secara komprehensif dan mendorong modenisasi ala China. Komuniti antarabangsa amat menantikan China untuk membawa peluang baharu kepada syarikat dari seluruh dunia.