AS Digesa Betulkan Polisi Diskriminasi atas Industri NEV China

2024-07-17 14:16:01  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) meluluskan Akta Pengurangan Inflasi, memperkenalkan langkah subsidi kepada kenderaan tenaga baharu (NEV), dan secara khusus menetapkan polisi diskriminasi menyasarkan produk dan rantaian perindustrian dari China. Tujuannya adalah untuk menyokong rantaian perindustrian NEV sendiri melalui langkah menyekat negara lain.


Pada hakikatnya, kelulusan akta tersebut telah menjejaskan bekalan pasaran kenderaan elektrik dan keyakinan pengguna tempatan, sekali gus menjadi halangan terbesar bagi transformasi industri kereta elektrik negara itu.


Demikian disuarakan Dewan Perniagaan Import dan Eksport Produk Jentera dan Elektronik China (CCCME), pada Selasa.


CCCME berkata pihaknya akan menyokong teguh permohonan kerajaan China kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menubuhkan kumpulan pakar, mendorong prosedur litigasi demi memelihara hak dan pentingan sah industri NEV China.