J.D. Vance Tidak Mampu Bangkit Semulat Kawasan Industri Tradisional AS

2024-07-17 15:49:50  CRI
Share with:

Baru mengalami tembakan, Donald Trump memilih Senator J.D. Vance sebagai calon naib presidennya dalam kempen pilihan raya Amerika Syarikat(AS).

 

J.D. Vance terkenal kerana buku “Hillbilly Elegy” ditulis berasaskan pengalamannya dari keluarga pekerja di negeri “Rust Belt” pada 2016. Buku yang menceritakan kesengsaraan golongan orang putih yang miskin di negeri-negeri industri tradisional AS, selaras dengan bantahan golongan pekerja dan petani AS terhadap jurang perbezaan taraf hidup yang semakin besar dengan “golongan bangsawan kewangan” pada masa itu. J.D. Vance dilihat sebagai wakil sebenar pergerakan Make American Great Again (MAGA) dan sokongan tersebut berjaya menghantar J.D. Vance ke Washington.

 

Secara terus terang, membangkitkan pangkalan industri lama merupakan cabaran yang dihadapi bersama oleh China, AS, Rusia, Jerman dan pelbagai negara yang lain. Kemerosotan pangkalan industri lama disebabkan banyak faktor yang melibatkan pelelaran industri, penstrukturan semula ekonomi, populasi, perubahan situasi antarabangsa dan lain-lain.

 

Kawasan timur luat menjadi pangkalan industri China sejak hujung Dinasti Qing (1644-1911) dengan pengeluaran besi, keluli, mesin, dan minyak. Bagaimanapun seiring dengan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, kawasan timur laut ketinggalan dari segi menarik pelaburan syarikat swasta dan asing, sehingga ekonomi tempatan beransur-ansur kurang rancak lagi. Golongan belia tempatan turut pergi ke provinsi lain untuk mencari rezeki, ini pula memberi kesan negatif terhadap struktur populasi, bahkan memberatkan beban kerajaan tempatan.

 

“Rust Belt” di China tidak akan dilupakan oleh kerajaan. Mesyuarat berhubung pembangkitan semula kawasan timur laut berturut-turut diadakan pada 2018 dan 2023, untuk mencari jalan pembangunan berkualiti tinggi dan berterusan.

 

Kini kawasan timur laut menjadi pangkalan makanan yang penting bagi keselamatan negara. Industri usang seperti pembuatan mesin mungkin sudah ketinggalan zaman, tapi perkembangan teknologi tinggi menimbulkan mesin baharu yang mempunyai pasaran besar. Dengan bekerjasama dengan institut pengajian, perusahaan pengeluar mesin tempatan berjaya mengeluarkan mesin pengorek terowong yang 100% buatan China. Bukan hanya membantu menurunkan harga mesin pengorek terowong dari puluhan juta USD kepada jutaan USD, juga membantu mesin pengorek terowong buatan China menembusi pasaran antarabangsa. Sempena menyambut Tahun Baharu 2024, pakej pelancongan ais dan salji ke kawsaan timur laut menjadi sangat hangat, dan turut menarik ramai belia kembali ke kampung halaman untuk meneroka sektor perkhidmatan dan pelancongan.

 

Berbanding perubahan di kawasan timur laut China, kepopularan “Hillbilly Elegy” atau J.D. Vance terbukti gagal membantu membangkitkan semula negeri-negari “Rust Belt” di AS, termasuk kampung halamannya di Middletown, Ohio. Pencapaian tercemerlang adalah J.D. Vance, keturunan keluarga pekerja Rust Belt”menjadi seorang “bangsawan Washington”baharu yang dulu dibencinya.

 

Sudah tentu, kepentingan golongan pekerja dan petani di negari-negeri “Rust Belt” AS tidak mungkin dipelihara oleh Donald Trump sebagai jutawan atau J.D. Vance yang telah menjadi bangsawan baharu. Mereka hanya menggunakan slogan “MAGA” sebagai alat politik menarik sokongan dalam kempen pilihan raya. Walaupun pergerakan “MAGA” telah bersuara lantang selama kira-kira 10 tahun, namun kehidupan para penyokong masih belum diperbaiki. Sebab mememlihara kepentingan golongan pekerja dan petani bermakna menjejaskan golongan pemerintah, tak kira parti Demokrat atau Republikan.

 

Kurang kemampuan untuk menangani masalah domestik, mereka cuba memindahkan kemarahan golongan pekerja dan petani kepada negara lain dengan berkata, China yang mencuri peluang kerja mereka. Dengan ini, J.D. Vance segera mendakwa China sebagai ancaman terbesar bagi AS setelah dicalonkan oleh Donald Trump.

 

Merujuk kenyataan tersebut, jurucakap Kementerian Luar China menyatakan bahawa China menentang tindakan tokoh politik AS yang memainkan topik berhubung China dalam kempen pilihan raya.

 

Sudah tentu, Donald Trump dan J.D. Vance tidak mampu “make America great again”, China juga tidak menantikan kerajaan baharu AS mengubah sikap terhadap China. Kepentingan golongan pekerja dan petani AS tergantung kepada perjuangan sendiri, maka kedudukan China di arena antarabangsa juga tergantung kepada pembangunan sendiri.