Import Eksport Xinjiang Pecah 200 B pada H1
Jumlah import dan eksport wilayah Xinjiang merekodkan RMB220.63 bilion (RM141.83 bilion) pada separuh pertama (H1) tahun ini, menyaksikan peningkatan sebanyak 48.4 peratus dari tahun ke tahun, menurut statistik terkini kastam Urumqi.
Dalam separuh pertama tahun ini, wilayah Xinjiang menjalin hubungan perdagangan dengan 205 negara dan kawasah di dunia. Antaranya jumlah dagangan luar Xinjiang dengan dua rakan dagang terbesar iaitu Kazakhstan dan Kyrgyzstan masing-masing menokok sebanyak 45.8 peratus dan 8.7 peratus.
Menurut data statistik, zon rintis perdagangan bebas dan zon dalam bon komprehensif menjadi enjin utama yang memacu perdagangan luar Xinjiang.