Biden Disahkan Positif COVID-19

2024-07-18 15:12:10  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden disahkan positif COVID-19, menurut Rumah Putih pada Rabu.


Kini Biden sedang berkempen di Las Vegas.


Menurut jadualnya, Biden akan berucap di organisasi bukan untung, UNIDOS, untuk memenangi sokongan daripada pengundi keturunan Latin Amerika. 

Biden "akan menjalani kuarantin kendiri dan akan terus menjalankan tugasnya sepanjang tempoh itu," kata Setiausaha Penerangan Rumah Putih, Karine Jean-Pierre dalam satu kenyataan.