Kes Tembakan di Mexico, Enam Orang Terbunuh
2024-07-18 14:27:51 CRI
Kes tembakan berlaku di bandar Yuria, negeri Guanajuato, tengah Mexico pada petang Selasa, mengakibatkan enam orang terbunuh.
Keputusan penyiasatan awal polis tempatan mendapati bahawa semua mangsa adalah dari satu keluarga. Mereka diculik dan dibawa ke sebuah padang pertanian dan ditembak mati di sana.
Ini merupakan kes tembakan kedua di negeri Guanajuato dalam tempoh sepuluh hari lalu. Kes pertama berlaku di bandar Penhamo pada 9 Julai, mengakibatkan empat orang terbunuh.