Sidang Pleno Jawatankuasa Pusat PKC: Lebih 300 Langkah Perkasakan Pembaharuan

2024-07-19 12:52:00  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sidang media di Beijing pada pagi Jumaat, untuk memberi penjelasan dan tafsiran mengenai semangat Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC.


Sidang Pleno tersebut diadakan di Beijing pada Isnin hingga Khamis, meluluskan “Keputusan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Bagi Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif untuk Mempromosikan Modenisasi ala China”.


Pada sidang media tersebut, Naib Pengarah Pejabat Penyelidikan Dasar Jawatankuasa Pusat PKC, Tang Fangyu menyatakan bahawa Keputusan tersebut terdiri daripada 15 bahagian dan 60 perkara.


Sebanyak lebih 300 langkah pembaharuan penting dimasukkan dalam Keputusan tersebut, sekali gus menjadinya satu lagi dokumen pedoman penting dalam sejarah PKC.