Daerah Baharu Fuzhou Perkasakan Industri Ekonomi Digital

2024-07-19 16:12:36  CRI
Share with:

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Kawasan Baharu Fuzhou memperkasakan pembangunan inovasi ekonomi digital, menggalakkan penggunaan teknologi 5G, kecerdasan buatan (AI), data besar, pengkomputeran awan dan lain-lain, untuk mempercepat pembinaan daerah tersebut sebagai pangkalan perindustrian penting di pantai tenggara China.


Ditubuhkan pada tahun 2015, Kawasan Baharu Fuzhou diisytiharkan sebagai kawasan seumpama peringkat kebangsaan ke-14 di China. Terdapat 706 syarikat teknologi tinggi dan baharu di sana, dengan agregat ekonomi merekodkan RMB312.7 bilion (RM201.03 bilion ) pada tahun 2023.