Industri Benih Padi Kembang Maju di Cengong

2024-07-19 15:18:28  CRI
Share with:

Pelbagai syarikat pengeluar benih padi dan pengusaha utama di kaunti Cengong yang menyasarkan pengeluaran yang mantap dan peningkatan pendapatan bagi tahun ini giat menjalankan penyelidikan pembenihan padi, pemupukan, pemindahan semai dan pemprosesan benih baru-baru ini.


Kaunti Cengong yang terletak di daerah autonomi Qiandongnan yang berpenduduk etnik Miao dan Dong di provinsi Guizhou mempunyai sejarah beberapa dekad dalam bidang pembenihan padi, dan pernah dianugerahkan gelaran "Pangkalan Pengeluaran Benih Padi Hibrid Kebangsaan" dan "Kaunti Utama Pengeluaran Benih Padi Peringkat Kebangsaan".