Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC Tegaskan Sasaran Perkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif

2024-07-19 15:11:50  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sidang media di Beijing pada pagi Jumaat, memberi penjelasan dan tafsiran mengenai semangat Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC.


Sidang Pleno tersebut telah meluluskan "Keputusan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Bagi Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif untuk Mempromosikan Modenisasi ala China”.


Naib Pengarah Pejabat Pembaharuan Jawatankuasa Pusat PKC, Mu Hong menyatakan, keputusan tersebut menekankan enam prinsip dalam kerja memperkasakan pembaharuan secara komprehensif, iaitu mempertahankan kepimpinan PKC secara komprehensif, berteraskan rakyat, mementingkan inovasi, meletakkkan pembinaan sistem sebagai garis utama, mempertahankan pentadbiran negara berdasarkan undang-undang, dan menjaga konsep sistem. 


Enam prinsip tersebut memaparkan falsafah teras wacana Xi Jinping mengenai usaha memperkasakan pembaharuan secara komprehensif, dan merupakan kesimpulan saintifik yang amat berharga bagi pengalaman China sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.