Ketua PBB Kecewa Israel Hapuskan Harapan "Penyelesaian Dua Negara"
2024-07-19 15:19:12 CRI
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menzahirkan rasa kecewa atas keputusan parlimen Israel yang menghapuskan sebarang harapan mencapai "penyelesaian dua negara", pada Khamis.
Jurucakap PBB berkata keputusan Israel tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan.
Untuk rekod, parlimen Israel meluluskan satu usul dengan 68 undi setuju dan 9 undi menentang, menegaskan pendiriannya yang membantah penubuhan negara Palestin di Tebing Barat.