Xi Pengerusikan Simposium Dengar Pandangan Tokoh-tokoh Bukan Ahli PKC
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mempengerusi simposium di Beijing pada 20 Mei lalu, mendengar pandangan dan cadangan tokoh-tokoh bukan ahli PKC mengenai draf resolusi Jawatankuasa Pusat PKC bagi memperkasakan pembaharuan secara komprehensif untuk mempromosikan modenisasi ala China.
Xi menyatakan bahawa Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC memutuskan untuk mengadakan Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC, bagi mengkaji dan memperincikan langkah memperkasakan pembaharuan secara komprehensif untuk mempromosikan modenisasi ala China.
"Tujuannya adalah untuk membuat perancangan dan pengaturan yang sistematik untuk memperkasakan pembaharuan secara komprehensif, selain menyediakan tenaga penggerak yang kuat dan jaminan sistem ke arah mewujudkan matlamat seratus tahun kedua," kata Xi.
Xi menegaskan bahawa mendengar pandangan pelbagai pihak adalah tradisi PKC ketika mengkaji masalah utama dan merangka dokumen mesyuarat yang penting.
Tokoh-tokoh bukan ahli PKC menyampaikan ucapan dan menzahirkan sokongan terhadap draf resolusi Jawatankuasa Pusat PKC tersebut.