Kawanan Antelope Hijrah ke Tasik Zhuonai untuk Pembiakan
2024-07-19 12:51:48 CRI
Tasik Zhuonai yang terletak di kawasan pedalaman Hoh Xil, wilayah Xizang merupakan satu Tapak Warisan Alam Semula Jadi Dunia.
Sejak bulan Mei lau, terdapat banyak kawanan Tibetan antelope betina kelihatan berhijrah dari pelbagai tempat seperti Sanjiangyuan di Qinghai, Pergunungan Altyn di Xinjiang dan Qiangtang di Xizang, ke kawasan tasik Zhuonai untuk tujuan bersalin. Kemudian bermula pada akhir bulan Julai, kawanan haiwan yang sudah selesai bersalin itu akan meninggalkan kawasan tasik dan kembali ke habitat asalnya bersama dengan anak-anak kelahiran baharu.