Ekspo Industri Sains dan Teknologi Beijing Tampilkan Hasil Inovasi Terkini

2024-07-19 16:21:23  CRI
Share with:

Ekspo Industri Sains dan Teknologi Antarabangsa Beijing ke-26 diadakan di Pusat Konvensyen Negara di Beijing pada 13 hingga 16 Julai.

Terdapat enam kawasan pameran khas didirikan, iaitu sains dan teknologi maklumat, pembuatan cerdas, perubatan dan kesihatan, puncak karbon dan neutral karbon, ekonomi digital, serta pembangunan dan inovasi serantau, menampilkan hasil inovasi sains dan teknologi terkini dan arah perkembangan sektor berkaitan.