Projek TBB Berjalan Lancar di Aksai
2024-07-19 15:18:18 CRI
Program fototermal (photothermal) yang berkapasiti 750MW di kaunti autonomi Aksai yang berpenduduk etnik Kazak di provinsi Gansu merupakan satu projek pilot TBB (tenaga boleh baharu) yang bermodelkan “fototermal + fotovoltaik” dalam kumpulan pertama di peringkat kebangsaan China, membabitkan loji jana kuasa berkapasiti 110MW dalam bidang fototermal serta loji jana kuasa berkapasiti 640MW dalam bidang fotovoltaik.