Pembaharuan Secara Komprehensif di China Bawa Peluang Baharu kepada Dunia

2024-07-20 14:43:13  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) meluluskan “Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC bagi Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif untuk Mempromosikan Modenisasi ala China" dalam sidang pleno ketiga yang diadakan di Beijing pada Isnin hingga Khamis.


Keputusan itu menjelaskan matlamat, jadual waktu, peta garisan dan rancangan terperinci bagi usaha memperkasakan pembaharuan secara komprehensif, di samping menetapkan hala tuju bagi pembinaan modenisasi ala China. Ia juga membolehkan seluruh dunia melihat keazaman China untuk meneruskan pembaharuan dan peluang yang baharu.


Keputusan itu menegakkan dua sasaran iaitu China akan mewujudkan modensiasi sosialis menjelang tahun 2035 dan menyelesaikan misi pembaharuan yang ditetapkan dalam Keputusan tersebut sempena ulang tahun ke-80 penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 2029.

Sesi pleno kali ini menekankan bahawa usaha memperkasakan pembaharuan secara menyeluruh harus didorong oleh pembaharuan sistem ekonomi, manakala sistem ekonomi pasaran sosialis peringkat tinggi antara jaminan penting buat modenisasi ala China. 


Pelbagai langkah untuk mencorakkan sistem ekonomi pasaran sosialis bertaraf tinggi yang dimasukkan dalam Keputusan tersebut akan membawa tenaga baharu kepada pelaburan asing di China.

Kejayaan China dalam memperkasakan pembaharuan secara komprehensif membuktikan bahawa pemodenan sesebuah negara bukanlah satu-satunya kaedah melalui model Barat, setiap negara pasti dapat mencari jalannya sendiri. Dalam pada itu, kemajuan modenisasi ala China meluaskan pilihan laluan bagi negara membangun untuk mewujudkan pemodenan, selain memberikan Pelan China untuk penerokaan manusia terhadap sistem sosial yang lebih baik.