NPC Belajar Semangat Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC

2024-07-20 15:17:48  CRI
Share with:

Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China mengadakan mesyuarat di Beijing pada Jumaat, untuk belajar semangat Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) serta ucapan penting Xi Jinping.


Mesyuarat itu dipengerusikan oleh setiausahanya, yang juga ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC dan juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Zhao Leji.


Dalam mesyuarat pembelajaran itu, para peserta berpendapat bahawa "Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC Bagi Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif untuk Mempromosikan Modenisasi ala China" yang diluluskan dalam sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC adalah dokumen pedoman untuk membimbing kerja memperkasakan pembaharuan secara komprehensif di negara ini bagi era baharu.