Karnival Rakyat Mongolia (Nadam) 2024 Dimulakan di Daerah Hinggan

2024-07-20 13:23:58  cri
Share with:

Karnival rakyat Mongolia (Nadam) 2024 membuka tirainya di satu pangkalan latihan sukan di daerah Hinggan di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China baru-baru ini, dan dijadual akan berlangsung sehingga 18 Ogos nanti.

Pelbagai aktiviti seperti medan selera, persembahan kesenian dan acara sukan tradisional akan dijadikan tarikan utama bagi pelancong dari merata tempat.