Insiden Jambatan Roboh: Presiden Xi Mahu Usaha Sedaya Upaya Selamatkan Nyawa

2024-07-20 14:45:35  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mahu pihak-pihak berkaitan supaya sedaya upaya menyelamatkan nyawa, selepas insiden jambatan lebuh raya roboh di provinsi Shaanxi.


Menurut arahan beliau, tugas yang paling mendesak pada masa ini adalah mencari dan menyelamatkan mangsa, meminimumkan kehilangan nyawa, mengendalikan urusan berkaitan dengan baik, memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat terjamin.


Sebuah jambatan lebuh raya roboh akibat banjir kilat di kaunti Zhashui, provinsi Shaanxi pada Jumaat, mengakibatkan beberapa kenderaan terjatuh ke dalam sungai. Setakat pukul 10.00 pagi tadi, sekurang-kurangnya 11 orang maut dan lebih 30 orang terputus hubungan dalam insiden itu.