Perkhemahan di Padang Pasir Berhampiran Sungai Kuning

2024-07-20 13:36:13  cri
Share with:

Majlis perasmian Festival Kebudayaan dan Pelancongan Jalan Sutera, Padang Pasir dan Sungai Kuning ke-14 sempena Perkhemahan Belia di Padang Pasir telah diadakan di destinasi peranginan Shapotou bandar Zhongwei di wilayah Ningxia baru-baru ini.

Penjenamaan perkhemahan yang bertepatan dengan permintaan golongan belia dapat dipergiatkan di bandar Zhongwei yang mempunyai sumber pelancongan yang tersendiri, iaitu padang pasir yang berhampiran sungai Kuning sejak akhir-akhir ini. Destinasi peranginan Shapotou yang berperingkat kebangsaan itu sudah dilengkapi 1,018 unit khemah yang terpasang di empat zon bertema.