Jelajahi Misteri Kristal di Muzium Sejarah Alam Shanghai

2024-07-20 13:06:37  cri
Share with:

Pameran “Treasures of the Earth: Crystal Legend" yang telah dimulakan di Muzium Sejarah Alam Shanghai baru-baru ini, dilaporkan menghimpunkan lebih 90 koleksi kristal yang jarang ditemui dan sejumlah karya kesenian yang diperbuat daripada batu permata dari seluruh dunia.

Para pengunjung berpeluang menikmati pesona kristal pelbagai dimensi dari perspektif sifat gemologi, prinsip sains geologi serta budaya dan seni menerusi media digital dan kemudahan kesenian yang tersedia dalam pameran itu, yang bertujuan memasyarakatkan ilmu sains alam.