Penempatan Israel di Wilayah Palestin Haram -- ICJ

2024-07-21 14:33:33  CRI
Share with:

Mesir mengeluarkan satu kenyataan yang mengalu-alukan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan pendapat nasihat berhubung keputusannya yang menganggap penempatan Israel di wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa pada Jumaat lalu.


Mesir turut menggesa Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menamatkan kehadiran Israel di wilayah Palestin.


Pada hari yang sama, Setiausaha Agung Liga Arab, Gheit juga mengeluarkan satu kenyataan yang mengalu-alukan pendapat nasihat ICJ dan menyatakan persetujuan dengan pandangan Mesir.